Bekerja Sendiri Susah Buat Pinjaman Rumah

Orang yang bekerja sendiri seperti ejen takaful, ejen unit trust, dropshipper  ataupun peniaga kecil sama ada di ekspo, di pasar malam dan sebagainya pasti menghadapi masalah membuat pinjaman rumah.

Bukan disebabkan mereka tidak mampu dari segi kewangan kerana mereka ni mempunyai pendapatan yang lumayan. Peniaga pasar malam contohnya, mampu mendapat pendapatan ribuan ringgit setiap hari jika kena gayanya. Sama banyak dengan pegawai tinggi dalam syarikat swasta!

Cuma, permohonan pinjaman mereka selalu ditolak sebab tiada bukti pendapatan apatah lagi tidak pernah membayar cukai. Bukti pendapatan yang tidak direkod dengan betul memang merugikan kerana anda tidak tahu potensi kewangan yang ada setelah penat berniaga.

Sukar untuk menentukan untung bersih pendapatan daripada perniagaan atau hasil komisen sebagai ejen takaful , unit trust ataupun ejen dropship jika tidak sediakan income statement dan balance sheet dengan teratur.

Penyata bank mungkin menunjukkan jumlah duit yang masuk dan keluar namun bukan semua duit masuk itu adalah untung bersih. Sedangkan itu hanyalah jumlah jualan dan jumlah perbelanjaan

. Segala kos belum diambil kira. Katakan, jualan sehari RM1,000 dan sebulan RM 30,000

Pasti ada kos minyak kereta, kos tol dan parking, upah pekerja dan lain – lain yang perlu ditolak. Dan cukai yang dibayar mungkin sedikit sahaja kerana untung bersih yang rendah. Dan kerana anda membayar cukai, peluang untuk mendapat pinjaman rumah lebih cerah.

Ada suri rumah yang mampu mendapatkan pinjaman rumah berjumlah RM 175 ribu setelah menyediakan laporan kewangan seperti ini. Dan kos menyediakan laporan ini hanyalah RM 200.

Modal RM200 dan anda berpeluang membeli rumah bernilai RM 100 ribu .

Anda rasa berbaloi ke?

Kalau anda rasa berbaloi, Whatsapp saya ke 013 323 0087 dan nyatakan ini : PINJAMAN RUMAH

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!